my lovely devoly date ....

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Thursday, July 30, 2009

surat dari bakal suami?

Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."


Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.









wohohohoh...terharu giler aku pada warkah nukilan bakal suami ni..memang aku rasa terharu giler andai seseorang bergelar lelaki mengcoretkan segala isi hatinya pada seseorang wanita yang akan di ambil menjadi isteri dengan warkah sedemikian rupa....boleh menangis la rasanya...mak aiii penangan surat dari bakal suami kepada bakal isteri...syahduuuu

Wednesday, July 29, 2009

matahariku


Matahariku

Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.


Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.
Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.


[Reff:]
Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.
Ucapkan matahari ku,
puisi tentang hidup ku,
tentang ku,
yang tak mampu,
menaklukkan waktu.

Oh

[Interlude]

Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.






Lagu ini hampir banyak menyimpan memori...ermmm

memori yang tidak akan kulupakan sampai bila-bila pun

ermmmm...sedih r lagu ni...hissyhhhh...huhuhuhuhu

kenapa erk pencintaan selalu ada yang saat sedih dan pilu?huhuhuh

x syok langsng..so better avoid..heheheh(Sesuka hati aku jer cakap mcm ni.....well...well...well..bak org tua kata blum kena mmg la senang cite,da kena baru tau langit tu tinggi rendah..opzzz..jauhkan..jauhkan...huhuhuhuh)

Saturday, July 11, 2009

Ya Allah perkenaankan la doaku mengenai lelaki idamanku...

Lelaki idaman saya adalah…

Seorang lelaki yang beriman…

Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…

Yang sentiasa haus dengan ilmu…

Yang sentiasa dahaga akan pahala…

Yang solatnya adalah maruah dirinya…

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…



Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang menjaga tuturkatanya…

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang…




Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang menghormati ibunya…

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…



Lelaki idaman saya…

Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…

Yang menjaga matanya dari berbelanja…

Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…



Lelaki idaman saya…

Tidak pernah membazirkan masa…

Matanya kepenatan kerana penat membaca…

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…

Bangunnya subuh penuh kecergasan…

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…




Lelaki idaman saya…

Sentiasa mengingati mati…

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…



Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…

Kerana dia mengimpikan syurga…

Di situlah rumah idamannya…

Dan dia ingin membawa saya bersama…

Dialah lelaki idaman saya…







(kredit di berikan kepada http://www.tentangcinta.com)

Sunday, July 5, 2009

Kesempurnaan yang ku cari namun.....

Untuk yang terlalu mencari kesempurnaan..sedarlaaaaa...


JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”


Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……



Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……



Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……



Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……



Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……



Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……




Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !



“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”




(khas untuk gadis-gadis yang dilukaiiiiiii....ingatlah mungkin jodoh kamu lebih baik dari Sidia...insyallah)

Salam.andai di beri peluang...aku ingin sekali menjadi seseorang di atas(kejam bukan?)..namun apa yang berlaku kerap kali menjadi sebaliknya..akula ikan,akula seseorang,akula air,akula juga nasi dan aku jua la insan itu.Kenapa?Kenapa?Aku seringkali bersedih kenapa mesti aku yang setia,kenapa mesti aku yang merana,kenapa mesti aku dikecewa,kenapa engkau memberi harapan palsu kemudian engkau meninggalkan daku?Untuk apa?Sekadar menyakiti,sekadar mencuba?Jika begitu Tahniahlah engkau berjaya memperdaya diriku..setelah ikhlas menerima,setelah kejujuran diberi...akhirnya aku terima bonus akibatnya...benarla untuk menyukai seseorang kita hanya perlu sesaat namun untuk melupakanya seumur hidup diperlukan..sengsara bukan?Ya aku fahami dan redha..mungkin jodohku bukan dirimu..ku terima qada dan qadar illahi.Tabahkan la hatiku....hidup perlu di teruskan
(Khas untuk temanku...daripada seorang seorang sahabat dan kenalan....ku faham isi hatimu wahai temanku)


Wednesday, July 1, 2009

adakah aku telah melafazkannya

Lafaz Yang Tersimpan
Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya



Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu



Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia



Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu


Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia



Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata



Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan





Setelah menghayati lagu ni ...terasa sebak di hati..