my lovely devoly date ....

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, August 25, 2009

Selamat tinggal kekasih hatiku

Assalamualaikum wbt

Alhamdulilah segalanya berjalan dgn lancar dan sempurna...

Semalaman dirini tidak dapat melelapkan mata kerana tperanjat dgn khabar berita dr ayahanda mengatakan bhawa nendaku Allahyarhamah Saadiah bt Karim telah kembali ke rahmatullah pd pukul 8.40 mlm semalam.Namun di sebalik kesedihan yang di alami oleh seluruh kaum keluarga..diri ini bersyukur kerana nenda telah "pergi " dgn keadaan yang amat mudah dan senang.Atukku Nordin b Awang menceritakan kembali apa yang telah berlaku..menurut atuk, nenda tidak menunjukkan apa perubahan selain hnya mengadu lenguh2 badan dan kurang selera makan.. seperti kebiasaan nendaku akan berpuasa penuh dan tidak mengalami sebarang masalah.Mungkin benarlah kata orang Jika ajal sudah menjemput kita tidak boleh melambatkan atau menangguhkan walau sedetik.Seperti biasa menurut atuk ,nenek sempat berbuka puasa namun nasi yang di makan tidak habis,kemudian mereka akan berjemaah mengerjakan solat bersama-sama..atuk akan mengimam kan solat,ketika memberi salam atuk mengatakan nenek terus sahaja jatuh dan pengsan kemudian di hantar ke klinik berdekatan namun doktor mengesahkan nenda teleh meninggal dunia.

Diri ini kagum dengan atuk dan nenda..walaupun usia sudah di mamah usia mereka tetap pasangan yang romantis dan sentiasa mengambil berat akan diri pasangan.Mereka akan berbual bersama-sama,solat bersama malahan masih tidak segan silu berpegangan tangan even depan cucu malahan cicit mereka.Begitu medalamnya kasih dan sayang mereka berdua..Teringat ayahanda bercerita,sepanjang hidup ayahanda selama 48 thn,tidak sesekali kedua bonda dan ayahanda bermasam muka apatah lagi bergaduh terutama didepan anak-anak.Begitu penyayang dan cinta nya mereka berdua suami isteri..kekadang anak sendiri pun tidak dapat menandingi kasih dan cinta sebagaimana kasih dan cinta nya atuk kepada nenda.Menurut ayahanda nenda seorang yang begitu penyabar dan bertolak ansur dengan atuk...begitu juga sebaliknya.Sejujurnya diri ini kagum dengan atuk dan nenda...mereka menjadi icon kepada kami walaupun sudah bergelr moyang dan onyang..mereka tetap brdua kemana sahaja mereka berada.Namun kita hanya merancang Allah swt yg menentukan...berakhirlah sudah kisah cinta yang dipupuk selama hampir 55 tahun yang lalu di antara atuk dan nenda.

Disaat menyalami tangan atuk ,air mata ini mengalir tanpa di pinta...atuk duduk disisi tubuh isterinya yang tidak lagi bernyawa.Dipeluk erat selimut kepunyaan nenda sambil berkata pelahan pada diri ini.."Selimut ni..bau dia...,"Ya Allah mana mungkin diri ini dapat membendung air mata dr membasahi pipi...Aku tidak dapat melepaskan tangan atuk,aku terduduk disitu sambil menangis..atuk memeluk tubuhku sambil berkata"Sudahla jangan menangis..atuk da tak larat...,"Tapi bila aku mendongak melihat atuk aku lihat atuk sudah mengalirkan air mata...aku bertambah sedih...tidak mampu rasanya untuk melihat jenazah nenda..aku bangun da terus duduk disatu sudut sambil memandang jenazah nenda sambil mengesat air mata..beristhighfar ibu berkata perlahan padaku.Adik mengambil tempat membaca yassin disebelah jenazah nenda bersama-sama sepupu-sepupu yang lain.Setiap kali ingin melihat jenazah nenda air mata ni akan mengalir turun..ku patahkan niat..bertenang dan membaca al-fatihah.Kedengaran sepupu ku memberitahu yang atukku bangun utuk solat subuh pagi td sambil berkata kepada "isterinya" di tepi pintu sambil merenung jenazah isterinya"Yah,bangunla..da subuh ni...jomla kita solat..jom ambik wuduk...jgnla tinggalkan sy solat seorang-seorang...,"Aduh mengalir lagi air mata ini.. Akhirnya aku mengagahkan diri mencium nenda buat kali terakhir setelah siap dimandikan dan dikafankan...ku tahan air mata agar jgn mengalir..memula atuk..kemudian anak-anak diikuti oleh cucu-cucu dan di akhir oleh cicit-cicit.Selesai sahaja jenazah di angkat utk di sembahyangkan di masjid berdekatan ...bacaan al-fatihah bergema...ketika itula diri ini tahu inila saat nya perpisahan antara kami...

Sesekali atuk akan mengalirkan air mata apabila cucunya menangis..dirini tau atuk akan kesunyian tanpa teman..Atuk mengalirkan lagi air mata apa bila nenda di mandikan dan kemudian di kapankan..Atuk tabah dan kuat pabila di minta melihat wajah isterinya buat kali terakhir.Dikelilingi anak-anak seramai 10 orang (xtually 11..seorng meninggal dunia),menantu ,cucu-cucu dan cicit-cicit atuk tabah dan tenang disisi liang lahad isterinya.Ku sedar hati atuk...ku memahami perasaan atuk...aku sedar atuk telah mengucapkannya.."Selamat tinggal Kekasih hatiku....sabarlah...setiap yang hidup pasti akan mati...hanya Allah swt yg mengetahuinya...,"Atuk tenang dan pasrah kekasih hatinya telah dijemput oleh Ilahi.

Buat atuk ku yang kami sayangi

Kasih sayang atuk kepada nenda ...membuatkan diri ini terharu

Kash sayang atuk kepada nenda...sampai ke syurga

Kasih sayang atuk kepada nenda...kekal abadi di hati dan sanubari kami semua

Percayalah...

insyaallah kalian akan berjumpa lagi...di alam sana..yang kekal abadi...

Selamat tinggal kekasih hati

No comments: