my lovely devoly date ....

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Thursday, January 31, 2008

Jodoh kententuan Illahi...




Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya


Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini


Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin.....



p/s

ermm...doa ini aku dapat entah kat mana...
kepada sesiapa yang ada kena mengena dengan yang atas tu..sila-sila lah amalkan..
insyallah dapat la cepat jodohnya...Aminn
hehehehe...

Wednesday, January 23, 2008

23 Januari 2008

Bosaannnn..
Harini berlalu dengan begitu bosan dan menyeksakan..bukan apa..aku kurang sihat..
semalam aku sakit tekak..tetiba sahaja pagi tadi terkena selsema pulak..menyusahkan betul..rasanya..x per orang kata ini dapat mengurangkan dosa kita kat dunia..alhamdulilah..
tapi sakit-sakit aku akhirnya dapat gak aku membuat bubur jagung....heheh
actually ini kali pertama aku buat bubur jagung..nyummy...
ermm...
pepe pun...insyallah aku nak wat lagi bubur jagung memandangkan kat umah ni ramai benor yang suka akan bubur jagung....hehehehe...termasuk aku..
ermm.. tapi tadi da ajak sarah nak buat kuih karipap pulak..agaknya mcmana aku nak "klimm"..tang tu aku x pro langsung...x per sarah rajin wat klimm..biar dia wat klim..aku bahagian yang membuat inti karipap..aku nak wat sardin plus kentang lerr..bru ngam..
kalu kat umah umie ni grenti aku da cmpur ayam atau bhn-bahan lain seperti hot dog,berbola ikan,telur n lain-lain la..

ermm..
malam ni aku tidak tahu nak buat apa la..
sedangkan kalau nak di ikutkan ini lah masanya servey apa nak wat utk tesis aku yang akan dapat kmungkinan besar awal bulan depan.
Huh..aku memang malas betul..
ermm..tersumbat plak hidung aku ni..
kla aku nak undur diri..
tatatatatatatat...........
sayonara..

Wednesday, January 16, 2008

Semalam,Harini dan Esok......

- gambar ehsan dari p.s-


Semalam merupakan sebuah kenangan....
Harini merupakan sebuah kenyataan...
dan Esok merupakan sebuah impian dan harapan...........


Semalam merupakan sebuah kenangan...
kenangan itu akan tetap akan wujud dalam kotak minda ku sampai bila-bila,sehingga kenangan itu pergi terbang sendiri umpama debu-debu yang terbang ditiup angin dari diri ini..
Maafkan aku namun kenangan itu jua punya cherita ia sendiri..pahit manis sebuah kehidupan yang pastinya ia jua mampu membuatkan seseorang itu tersenyum dan menangis tanpa sebab....
kerana
semalam merupakan sebuah kenangan.......

Harini merupakan sebuah kenyataan...
Kenyataan merupakan satu perkara yang tidak dapat aku merubahnya....
kerana sebuah kenyataan aku terpaksa akur dengan kehendak takdir Illahi
dan kerana sebuah kenyataan jua lah membuatkan aku percaya akan hakikat.

Esok merupakan sebuah impian,harapan serta cita-cita.....
Impian,harapan serta cita-cita yang dimpikan dan di idamkan didalam diri untuk hari-hari mendatang dan masa depan yang aku sendiri tidak pasti dan kabur ini..aku hanya merancang dan Allah swt jua lah yang menentukannya..

Ya Allah
Aku bersyukur kerana di beri peluang untuk meneruskan perjalanan hidup ini kerana semalam merupakan sebuah kenangan yang mampu membuat aku tersenyum sendirian mahupun menangis tanpa sebab.Kenangan yang mampu mendewasakan dan mematangkan aku dalam menuju ke harini dan esok....

Ya Allah
Aku bersyukur kerana di beri peluang untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini kerana harini merupakan hari yang membuatkan aku membuat keputusan diri sendiri kerana harini aku dapat menentukan hari-hari esok yang mendatang.....

Ya Allah
Aku bersyukur kerana di beri peluang untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini kerana esok merupakan segala impian,harapan dan cita-cita yang aku idamkan selama ini akan membuatkan aku sentiasa gembira untuk meneruskan hidup ini dan berusaha dengan kuat dan gigih untuk merealisasikan segala impian,harapan dan cita-cita di hari-hari mendatang....

Amin

insyallah....
ermm.......
terfikir sejenak aku..
aku sukakan
semalam,harini dan esok di perjalanan hidup ini......

Tuesday, January 15, 2008

Teh Susu Dan Kopi Susu....KAWWWW..punyeeeeeerrrr..

Teh Susu Dan Kopi Susu


“Mamak,Teh Susu…Tarik lebih sikit punya satu okey!,”Harriz membuat gaya mamak menarik teh susu yang di tariknya.Kemudian Harriz memandang Rina.Rina mengangkat keningnya.
“Emm….mamak,saya nak minum kopi susu kaw punya okey!,”Rina mengangkat ibu jarinya.Mamak mengangguk pelahan,sambil buat muka “toyer” dan kemudian menuju ke dapur setelah pesanan di ambil
“Wey,Rina…kau ni aku tengok since kita sekolah ,masuk Universiti dan nilah dah masuk alam kerja pun..dok lok lak dengan kau nya kopi susu …yooooo…kau ni macam orang tua-tua la…opsssss,veteran daaaa…,”Harriz mengenyit mata pada Rina.Rina mengerling tajam pada Harriz.
“Mula lah nak cari bahan nak cari gaduh lah dengan aku pepagi mulia ini…wahai Encik Harriz,suka hati aku la nak minum apa,yang kau tu duk sibuk-sibuk nooo kenapa?Yang kau tu lagi dari aku kecik sampaila aku da kahwin ni,tak lama lagi dah nak ada anak da..asyik duk mintak teh susu apa kehalnya?tak ada minuman lain ke nak minum?teh susu…teh susu…teh susu…naik jemur aku tengok!,”
“Apa yang kau tak puas hati dengan aku ni Rina oii!?,”Harriz membuka matanya seluas-luasnya
“Yang kau tu lagi tak puas hati dengan aku kenapa?suka hati aku lah nak minum apa….,”
Rina mula menyinsing baju dia,sesekali mengelap peluh di dahi
“Ayoooo..encik,puan…..tarak baik gadoh-gadoh….Ini minum..kopi susu kaw punya untuk puan yang cantik jelita dan ini teh susu tarik kaw juga..kasi sama ini encik..ayooo…suami isteri tarak baik gadoh-gadoooh laaa…ini macam anak kamu masam ooo..tarak elok untuk orang mengandung laa….,”Mamak mengeleng-geleng kepala melihat pasangan suamiisteri yang ini,tak macam pasangan suami isteri yang lain,kerana pasangan ini kerap benar “gaduh manja”.Agaknya inilah penangan teh susu dan kopi susu..dua minuman yang berbeza tetapi rasa lemak manis yang sama…….Harriz dan Rina tersengih sambil merenung mata memasing kemudian minum minuman kegemaran mereka sambil saling meminta maaf.





Monday, January 14, 2008

I'm new...

aSalamualaikum..

wahai diari ku sayang
ermm...pe yerh
harini aku duk seseorang kat bilik..akhirnya setelah lama x berborak ngn kak sal,akhirnya dapt gak aku berborak dgn dia walaupun melalui internet tapi aku puas hati.Rindu aku kat akak seorng ni dia sudah menjadi seperti kakak aku sendiri.bermacam gak aku denagn kakak sal ni berborak.Adalah halnya aku berborak dengan dia ni..personal gak la...smothing yng disturb me sejak smlm...
akhirnya aku da tau jawapannya..thanks kakak sal for the advise..mcm lega sangat..totemo dai-lega..heheeheh..suka2 ati aku jer mengabungkan bahasa jepun n bahasa melayu..
tapi aku da lega..
and i'm new..
aku nak betul2 laksana kan ke dua-dua impian aku tu
tht it..
dua-dua..this is the time beb!aku akan ingat....but reminder me k....
i'm only an ordinary person..mudah lupe..jadi inagtkan lah aku wahai diary ku sayang





p/s

i'm new........

Akhirnya begini la aku lagi..hehehehe..

Akhirnya begini jugalah berakhirnya sebuah pernantian..
penantian yang amat menyeksakan
aku kini membuat keputusan..
biarlah berlalu...
aku sudah letih dan penat
aku sudah letih dan penat dengan hal-hal begini..kecil,remeh temeh...
cukuplah
cukuplah keadaan begini yang akan merungsingkan segalanya..akan lagi mengusutkan lagi segalanya
biarlah segalanya berlaku.aku sudah letih untuk terus mencari..biarkan berlalu ibarat layang-layang yang putus tali terbang terus tanpa menoleh ke belakang..
pergilah dikau bebas wahai layang-layang..pergilahhh
terbanglah jauh dari diriku..usahlah dikau menoleh kebelakang lagi..
ku berdoa kau menemui tuan baru mu...
dan akhirnya aku menjadi tuan yang masih lagi menanti layang-layang baru ....
bila kah ini akan berakhir?
HANYA TUHAN YANG TAHU.....

Dikau teman ku.....

Wahai teman layanlah daku seperti biasa..
janganla dikau mempermainkan daku lagi...
aku teman mu..
bukan istimewa mana pun....
aku adalah aku
aku bukan dia
kami berbeza..

Wahai temanku
aku hanya manusia biasa
hanya di minta ingin di mengerti
cuma pintaku layan la daku seperti teman mu yang lain..
kerana aku adalah aku

Wahai teman ku
aku teman mu,teman yang akan bisa ada dalam susah,senang..insyallah
pergilah dikau terbang tinggi bersama dengannya
akan ku berdiri disini merenung mu pergi dari sisi..
terbanglah dikau..
akan ku doakan kamu berbahagia..insyallah
terbanglaaaa....

Wahai teman ku,
Aku pinta layanla daku seperti biasa...
ku tak harap lebih dari itu
kerana itu akan bisa menyeksa ku
bisa akan di salah ertikan..
aku akan terjatuh..pastinya..
layanla aku seperti teman mu yang lain..

Wahai temanku
aku tidak bisa kau layani daku begitu rupa..
usah kau memperduli kan ku lagi
kerna aku bukan lebih dari itu
aku takut
aku bisa jatuh ke dalam lagi
saat ini aku ingin mengingatkan diri..
yang dikau temanku..

Wahai teman ku
aku meminta maaf andai segala coretan ini bisa merubah segalanya
kerna kau temanku
teman yang akan ada di saat suka dan duka
akhir kata sebelum aku mengundur diri
aku teman mu wahai teman ku....
insyallah

Wednesday, January 9, 2008

short story from my comp...stay chill dear

No Title…Hows That?

“Akhirnya Cinderella pun berkahwin dan hidup bahagia bersama dengan putera idamannya di istana yang cantik dan mahal selama-lamanya….,”

Ermm….waaaa..itula selalunya “ending” cerita-cerita dongeng dan klasik yang menjadi cerita dan bacaan masyarakat seluruh dunia.Aku sering berangan-angan menjadi puteri yang hidup dalam kesusahan kemudian di selamatkan sang putera yang kacak,hensem,kaya dan mempunyai ciri-ciri lelaki sejati.Tak pun menjadi seorang puteri yang di sumpah untuk tidur selama 1000 tahun sehingga seorang putera raja datang dan menyelamatkannya.Hebat bukan!Kalau jadi Snow White pun okey gak,sebab aku akan turut diselamatkan oleh putera hensem.Ceh,asyik mengaggung –aggungkan cerita dongengan luar sahaja,kalau jadi Bawang Putih Bawang Merah pun okey gak.Ermmm…..aku menongkat dagu aku sambil memandang ke Tasha yang ketawa mendengar imaginasi karut marut aku.Aku memuncungkan mulut aku sambil memandang kearah Yasmin,gadis berdarah kacukan orang putih dan melayu,cina sedang berdiri beriringan dengan Fiqrie di tepi koridor kelas.Sesekali Yasmin menutup mulutnya dengan buku notanya,manakala jari tangan kanannya sedang memainkan rambutnya yang separuh “curly”. “Not Bad” taste mamat seekor ni, nampak gayanya Yasmin akan menjadi salah satu mangsa terbarunya musim ini.Aku ketawa sambil mengenyit mata pada Tasha.Tasha mengeleng kepalanya pelahan.

Aku berjalan pelahan-lahan menuju ke perhentian bas.Tertiba mata aku melekat pada kaunter bas,seorang lelaki Nampak amat aku kenali sekali sapa lagi kalau tak si buaya darat fakulti aku si Fiqrie.Sesekali mata aku melirik pada si Fiqrie yang sedang mengayat seorang “kakak” di kaunter bas.Aku menggeleng pelahan tingkah laku mamat seorang ni.Ada sahaja modal nak tackle awek,kalau sudah dasar budaya darat tu,kat mana sahaja nak gak si ulat bulu naik daun…. Aku duduk sambil membuka majalah yang baru aku beli sambil sesekali memerhati bas yang nak aku naiki.Tanpa aku sedari,Fiqrie sudah duduk di sebelah aku,aku memandang dia pastu dengan muka “toyer” aku dan kembali balik membaca majalah aku sambil tidak memperduli akan mamat seekor kat sebelah aku ni.
“Errrr….,”Fiqrie memandang aku sambil mukanya berkerut melihat aku.Asal nak terberak ke mamat seekor ni.Aku buat poyo jer.Dia tersengih sambil membuat muka seposen kat aku.Hello!Ingat aku ni macam perempuan –perempuan kat fakulti tu ke yang terhegeh-hegeh kat kau.Eii….you are not my taste beb!Aku mengangkat sebelah kening macam Kak Ziana Zain tu.Dia memandang aku tersenyum.Asal pulak mamat ni.Pelik dan hairan aku.
“Yup, Can I’ll help you?”Aku membalas pandangannya sambil meletakkan majalah ke atas peha.
“Nothing…anyway awak satu kelas dengan saya kan, if I’m not mistaken kelas management rite?!,”
“Management and sivil beb!.”Aku berpura-pura melihat jam di tangan.Nak jual minyak la ni..tak pe layan jer…hahahahaha..aku ni Ratu menggenakan orang bebe!
“Ohhh,I see..sorry classmate rupanya.Erm,anyway saya Fiqrie…!,”Fiqrie menghulurkan salam perkenalan.Aku tersenyum peril padanya.Pura-pura buzy.
“Ermm,Fi..Fiqrie rite, my name is……..Eh, itu my bus lah..Okey see u then Fiq!”Aku terus sahaja berlalu meninggalkan Fiqrie yang terkesima sambil tersengih melihat aku yang terus sahaja berlalu untuk menaiki bas tanpa menghirau dia memerhatikan masih memerhatikan aku.Mungkin dia pelik melihat gelagat aku yang sedemikian rupa.Lantak sahaja kau lah Fiqrie.Tertiba sahaja Fiqrie berlari dan menghampiri aku.Lantas dia mengenyitkan sebelah matanya.Cutelah konon..Blahhhhlah..tak hensem langsungSebelum aku menaiki tangga,Fiqrie membisik sesuatu kat telinga aku,menyebabkan aku hampir terduduk aku kat atas tanah di situ..
“Sorryla...Sebenarnya dari tadi saya hendak menegur tapi segan.Ermmm…emmm, awak period ke? Ada kesan darah kat belakang baju awak…,”Fiqrie membisik pelahan di tepi telinga aku sambil tersengih seperti kerang busuk.Membutang mata aku apabila tersengar perkataan “period”.Rasa nak menjerit sahaja pada Fiqrie.Sejak hari itu,aku mengingati diri aku tentang jangan lah memandai ingat orang asyik nak “tackle” je.rerupanya nak bagi information tentang benda lain.Buat malu aku je aku hari itu.Buat Fiqrie,anyway beb thankslah for that day……buat merah muka aku jer hari tu.Walaupun aku bukan lah Cinderella atau Snow White mahupun Bawang Putih,Bawang Merah namun kira hari tu aku di selamatkan oleh bukan putera raja atau pahlawan terkenal tetapi buaya darat dari fakulti aku..Okeylah tu, kira berjasa juga engkau ye Fiqrie.......




p/s
the end of my second story mory..heheheh..
no title..hows that?adalah satu story yg aku saja je tulis time aku cuti sem 4 tmpoh hari..suka2 jer..
ermm...sorry la andai aku ni mcm "blurrrrr" sikit dalm membuat story mory mcm ni...sbb alasannya mudah
this is for my break sem maaaaa.....time 2 aku bosan banget dong..
so thanks to my diary..secret citrine in the pot-pourri..love thiz so much...hehehe

Tuesday, January 8, 2008

Pelangi Petang.....

Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini....
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...



aSAlamualaikum wbt..
pelangi petang begitulah lirik lagu yang di dendangkan allahyarham sudirman hj arshad..
lagu tersebut amat bermakna dalam hidup aku....
bagi aku lagu ini bukan lah di tujukan khas hanya pada sesorang malahan kepada semua...
aku suka dan teramat sukakan lirik lagu ini dan nyanyian arwah..
lirik ini juga boleh ibarat lagu yang di tuju khas kepada famili yang tersayang malahan kepada si dia yang tercinta juga boleh..namun ia adalah subjective..it's up to you..malahan kepada kekawan yang bestfriend forever pn boleh juga...if you want it
bagi aku lagu ini kalau terkena "time" dia...mau gak aku meleleh air mata mendengar lagu ni...
selain itu lagu ini mengingatkan aku kepada hidup ini,sama seperti ibarat lagu tersebut..bila2 masa sahaja "DIA" sang PELANGI PETANG akan pergi dari hidup ini,walaupun datangnya hanya sekejap dan sebentar sahaja akan tetapi impak dia amat besar dan bererti dalam hidup ini..namun sebagai insan biasa kita perjalanan hidup mestilah di teruskan ....
itulah pelangi petang miliku yang datangnya hanya sekejap tapi penuh bermakna dan besar pengertiannya dalam hidup ini..
anyway to my beloved PELANGI PETANG...
I WILL MISS U FOREVER AND EVER..BELIEVE ME....INSYALLAH...AND THANKS AGAIN FOR COME TO MY LIFE EVENTHOUGH IT WAS A SHORT TIME....


LOVE,
-ML-

Tuesday, January 1, 2008

New Year 2008.......alhamdulilah beb!

Alhamdulilah aku panjatkan syukur ke hadrat illahi,akhirnya umurku masih panjang dan sihat waalafiat sentiasa hingga dapat aku menjejak ke alam tahun baru ini 2008 yang akan menyaksikan lagi pelbagai lagi kisah suka duka,pahit maung sebuah pengalaman yang akan mengajar erti sebuah kehidupan yang sebenar dalam hidup ini.Insyallah....

Harini adalah hari pertama di dalam 2008,semalam sarah bg tau aku yang duit ptptn akan kluar esok(harini)..heheheh..tsenyum lebar aku..hahahah...mcm2 da tkluar dlm kepala aku ni..setan ke nafus?heheheh..tapi sajer jer aku nak "layannn.."Sekejap-sekejap nk beli mp4,sekejap2 nak beli "emas"..heheheh..al maklumlah perempuan..wooo..emas sekarang mahal ooooo....maybe in 20 years..lagi mahal..so buy now,for the future..heheheh..geliga otak aku....itupun hasil "cuci" mak aku kat atas otak aku ni.Mak aku kata dulu dia x bijak,dia kata dapt je duit gaji..x lain x bukan bukan nk menyimpan...dia g beli bnda2 yng x leh simpan lama..cthnya beli baju,beli kasut...so skrg ni dia nak anak2 dia kalau ada duit lebih , gla samaada simpan kat bank atau belilah emas....ingat Emas...Gold...hehheeh...tapi itu adalah sekadar angan-angan kosong aku malam td sementara mata ni layu nak tidur..yang penting aku kena uruskan duit itu sebaik mungkin al-maklumlah PTPTN itu cuma adalah HUTANG....dimana after i finish my studies,hutang tu kena bayar balik daaaaaaa.....xper PTPTN aku tu tolak tepi,yang penting sekarang ni adalah apa azam aku for this new year 2008 ni..

Cakap pasal azam..bukan si azam b.hamidun tu atau azamedda bt hj rashidi..bukan orang la....ini adalah azam...azam ..azam yang mengukur jarak di mana keazaaman kita atau hajat kita untuk mencapai sesuatu.Aku tahun ni ada beberapa azam..di antaranya aku nak memperbaiki diri aku.moga2 aku akan menjadi seorang anak,cucu,remaja,pelajar malahan masyarakat yang berguna bukan sahaja pada keluarga,teman-teman malahan pada negara malahan agama Islam yang aku cintai.Selain itu aku pada tahun ini aku ingin untuk menaikkan kembali pointer dan CGPA aku yang merundum jatuh pada sem lepas..aku ingin menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik mungkin oleh keluarga aku dan teman-teman yang tersayang.Dan harapnya aku dapat memberi segala tumpuan aku kepada pelajaran aku sehingga aku berjaya meraih segulung ijazah di tangan ku.Insyallah.Aku ada 2 lagi azam..tapi yang itu hanya Allah sahaja yang tau niat aku di hati..aku bagi tempoh setahun pada diri aku ini..insyallah..

ermm......itu jer kot..
Apa azam korang?mesti macam2 kan.....semoga azam kita akan tercapai..Insyallah..
kla
selamat berkenalan 2008..
Ya Allah semoga tahun ini akan menjadi sebuah tahun yang dapat apa yang aku inginkan dan hajatkan serta cita-citakan selama ini...insyallah...Amin.