No Title…Hows That?
“Akhirnya Cinderella pun berkahwin dan hidup bahagia bersama dengan putera idamannya di istana yang cantik dan mahal selama-lamanya….,”
Ermm….waaaa..itula selalunya “ending” cerita-cerita dongeng dan klasik yang menjadi cerita dan bacaan masyarakat seluruh dunia.Aku sering berangan-angan menjadi puteri yang hidup dalam kesusahan kemudian di selamatkan sang putera yang kacak,hensem,kaya dan mempunyai ciri-ciri lelaki sejati.Tak pun menjadi seorang puteri yang di sumpah untuk tidur selama 1000 tahun sehingga seorang putera raja datang dan menyelamatkannya.Hebat bukan!Kalau jadi Snow White pun okey gak,sebab aku akan turut diselamatkan oleh putera hensem.Ceh,asyik mengaggung –aggungkan cerita dongengan luar sahaja,kalau jadi Bawang Putih Bawang Merah pun okey gak.Ermmm…..aku menongkat dagu aku sambil memandang ke Tasha yang ketawa mendengar imaginasi karut marut aku.Aku memuncungkan mulut aku sambil memandang kearah Yasmin,gadis berdarah kacukan orang putih dan melayu,cina sedang berdiri beriringan dengan Fiqrie di tepi koridor kelas.Sesekali Yasmin menutup mulutnya dengan buku notanya,manakala jari tangan kanannya sedang memainkan rambutnya yang separuh “curly”. “Not Bad” taste mamat seekor ni, nampak gayanya Yasmin akan menjadi salah satu mangsa terbarunya musim ini.Aku ketawa sambil mengenyit mata pada Tasha.Tasha mengeleng kepalanya pelahan.
Aku berjalan pelahan-lahan menuju ke perhentian bas.Tertiba mata aku melekat pada kaunter bas,seorang lelaki Nampak amat aku kenali sekali sapa lagi kalau tak si buaya darat fakulti aku si Fiqrie.Sesekali mata aku melirik pada si Fiqrie yang sedang mengayat seorang “kakak” di kaunter bas.Aku menggeleng pelahan tingkah laku mamat seorang ni.Ada sahaja modal nak tackle awek,kalau sudah dasar budaya darat tu,kat mana sahaja nak gak si ulat bulu naik daun…. Aku duduk sambil membuka majalah yang baru aku beli sambil sesekali memerhati bas yang nak aku naiki.Tanpa aku sedari,Fiqrie sudah duduk di sebelah aku,aku memandang dia pastu dengan muka “toyer” aku dan kembali balik membaca majalah aku sambil tidak memperduli akan mamat seekor kat sebelah aku ni.
“Errrr….,”Fiqrie memandang aku sambil mukanya berkerut melihat aku.Asal nak terberak ke mamat seekor ni.Aku buat poyo jer.Dia tersengih sambil membuat muka seposen kat aku.Hello!Ingat aku ni macam perempuan –perempuan kat fakulti tu ke yang terhegeh-hegeh kat kau.Eii….you are not my taste beb!Aku mengangkat sebelah kening macam Kak Ziana Zain tu.Dia memandang aku tersenyum.Asal pulak mamat ni.Pelik dan hairan aku.
“Yup, Can I’ll help you?”Aku membalas pandangannya sambil meletakkan majalah ke atas peha.
“Nothing…anyway awak satu kelas dengan saya kan, if I’m not mistaken kelas management rite?!,”
“Management and sivil beb!.”Aku berpura-pura melihat jam di tangan.Nak jual minyak la ni..tak pe layan jer…hahahahaha..aku ni Ratu menggenakan orang bebe!
“Ohhh,I see..sorry classmate rupanya.Erm,anyway saya Fiqrie…!,”Fiqrie menghulurkan salam perkenalan.Aku tersenyum peril padanya.Pura-pura buzy.
“Ermm,Fi..Fiqrie rite, my name is……..Eh, itu my bus lah..Okey see u then Fiq!”Aku terus sahaja berlalu meninggalkan Fiqrie yang terkesima sambil tersengih melihat aku yang terus sahaja berlalu untuk menaiki bas tanpa menghirau dia memerhatikan masih memerhatikan aku.Mungkin dia pelik melihat gelagat aku yang sedemikian rupa.Lantak sahaja kau lah Fiqrie.Tertiba sahaja Fiqrie berlari dan menghampiri aku.Lantas dia mengenyitkan sebelah matanya.Cutelah konon..Blahhhhlah..tak hensem langsungSebelum aku menaiki tangga,Fiqrie membisik sesuatu kat telinga aku,menyebabkan aku hampir terduduk aku kat atas tanah di situ..
“Sorryla...Sebenarnya dari tadi saya hendak menegur tapi segan.Ermmm…emmm, awak period ke? Ada kesan darah kat belakang baju awak…,”Fiqrie membisik pelahan di tepi telinga aku sambil tersengih seperti kerang busuk.Membutang mata aku apabila tersengar perkataan “period”.Rasa nak menjerit sahaja pada Fiqrie.Sejak hari itu,aku mengingati diri aku tentang jangan lah memandai ingat orang asyik nak “tackle” je.rerupanya nak bagi information tentang benda lain.Buat malu aku je aku hari itu.Buat Fiqrie,anyway beb thankslah for that day……buat merah muka aku jer hari tu.Walaupun aku bukan lah Cinderella atau Snow White mahupun Bawang Putih,Bawang Merah namun kira hari tu aku di selamatkan oleh bukan putera raja atau pahlawan terkenal tetapi buaya darat dari fakulti aku..Okeylah tu, kira berjasa juga engkau ye Fiqrie.......
p/s
the end of my second story mory..heheheh..
no title..hows that?adalah satu story yg aku saja je tulis time aku cuti sem 4 tmpoh hari..suka2 jer..
ermm...sorry la andai aku ni mcm "blurrrrr" sikit dalm membuat story mory mcm ni...sbb alasannya mudah
this is for my break sem maaaaa.....time 2 aku bosan banget dong..
so thanks to my diary..secret citrine in the pot-pourri..love thiz so much...hehehe
No comments:
Post a Comment