my lovely devoly date ....

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, January 15, 2008

Teh Susu Dan Kopi Susu....KAWWWW..punyeeeeeerrrr..

Teh Susu Dan Kopi Susu


“Mamak,Teh Susu…Tarik lebih sikit punya satu okey!,”Harriz membuat gaya mamak menarik teh susu yang di tariknya.Kemudian Harriz memandang Rina.Rina mengangkat keningnya.
“Emm….mamak,saya nak minum kopi susu kaw punya okey!,”Rina mengangkat ibu jarinya.Mamak mengangguk pelahan,sambil buat muka “toyer” dan kemudian menuju ke dapur setelah pesanan di ambil
“Wey,Rina…kau ni aku tengok since kita sekolah ,masuk Universiti dan nilah dah masuk alam kerja pun..dok lok lak dengan kau nya kopi susu …yooooo…kau ni macam orang tua-tua la…opsssss,veteran daaaa…,”Harriz mengenyit mata pada Rina.Rina mengerling tajam pada Harriz.
“Mula lah nak cari bahan nak cari gaduh lah dengan aku pepagi mulia ini…wahai Encik Harriz,suka hati aku la nak minum apa,yang kau tu duk sibuk-sibuk nooo kenapa?Yang kau tu lagi dari aku kecik sampaila aku da kahwin ni,tak lama lagi dah nak ada anak da..asyik duk mintak teh susu apa kehalnya?tak ada minuman lain ke nak minum?teh susu…teh susu…teh susu…naik jemur aku tengok!,”
“Apa yang kau tak puas hati dengan aku ni Rina oii!?,”Harriz membuka matanya seluas-luasnya
“Yang kau tu lagi tak puas hati dengan aku kenapa?suka hati aku lah nak minum apa….,”
Rina mula menyinsing baju dia,sesekali mengelap peluh di dahi
“Ayoooo..encik,puan…..tarak baik gadoh-gadoh….Ini minum..kopi susu kaw punya untuk puan yang cantik jelita dan ini teh susu tarik kaw juga..kasi sama ini encik..ayooo…suami isteri tarak baik gadoh-gadoooh laaa…ini macam anak kamu masam ooo..tarak elok untuk orang mengandung laa….,”Mamak mengeleng-geleng kepala melihat pasangan suamiisteri yang ini,tak macam pasangan suami isteri yang lain,kerana pasangan ini kerap benar “gaduh manja”.Agaknya inilah penangan teh susu dan kopi susu..dua minuman yang berbeza tetapi rasa lemak manis yang sama…….Harriz dan Rina tersengih sambil merenung mata memasing kemudian minum minuman kegemaran mereka sambil saling meminta maaf.





No comments: