my lovely devoly date ....

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Sunday, June 21, 2009

Baby

(kredit to www.ares-online.com)



Salam.Adakah pernah anda tertanya-tanya di dalam hati mahupun difikiran bahawa kenapakah bayi lelaki dan bayi perempuan mempunyai "warna"untuk pakaian mereka tersendiri.Bayi lelaki akan di pakaikan warna "biru" manakala bayi perempuan pula akan di pakaikan warna "merah jambu"?Menurut cerita pada zaman dahulu kala,kebanyakan orang pada zaman itu mempercayai bahawa roh jahat atau makhluk halus ini akan mengelilingi kanak-kanak terutama bayi.Dengan adanya penggunaan warna-warna tertentu maka roh jahat atau makhluk halus boleh di kalahkan dan boleh ditangkis.Di khabarkan bahawa warna biru merupakan warna yang paling kuat sekali yang di kaitkan dengan warna syurga.Dengan penggunaan warna ini roh jahat dan makhluk halus tidak mampu mendekati bayi lelaki .Maka warna ini bukan sahaja untuk hiasan sahaja malahan untuk menjadikan pelindung kepada bayi lelaki. Bagi bayi perempuan mereka akan di pakaikan dengan warna "pink" atau warna merah jambu dengan bertujuan mereka akan menarik perhatian kepada bayi-bayi ini.Dengan penggunaan warna "pink"ini mereka akan setanding dengan penampilan bayi lelaki yang berwarna biru.Jika dlam masyarakat kuno,wanita dan perempuan adalah satu golongan yang tidak di pandang mulia.Maka dengan penampilan warna pink ini bertujuan untuk menaikkan semangat malahan men"comel"kan bayi-bayi perempuan ini dari semangat-semangat jahat yang cuba berdampingi.Maka hingga kini kepercayaan karut ini masih lagi dipakaigunakan,sehinggakan masyarakat kini lebih gemar kemodenan dan dalam pengunaan warna-warna seperti biru dan "pink" sehingga kan ramai pereka-pereka fesyen baju bayi terkenal dan hospital-hospital bersalin khususnya memberi warna "biru" untuk bayi lelaki dan "pink" atau merah jambu untuk kanak-kanak perempuan untuk membezakan mereka selain faktor-faktor lain.

No comments: