my lovely devoly date ....

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, June 30, 2009

fobia alam perkahwinan..

Awal Kawin
isteri : bang nak duit sikit
suami : ambik la.. kan duit ayang juga
Pertengahan Kawin
isteri : bang nak duit sikit..
suami : ayang lum gaji lagi ker ?
Hujung2 Nyawa....
isteri : bang nak duit sikit...
suami : nak buat apa,nak beli apa,ka n hari tu dah bagi (tahun lepas), nak beli mas la tuuuu....!! lain tak de mas...mas... mas...


Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
ke..teksi ke.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : " Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer ...saya sibuk nak baca suratkabar ni, nak amik tau perkembangan dunia..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "bukan harijadi awak dah lepas ke?"...


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...


huhuhu..ni yg fobia ni.alahaiiii...di awal perkahwinan mmg romantik habis laaa semua pekara klu boleh, boleh sahaja di hadapi setiap pasangan....,dipertengahan perkahwinan pula..ermm..dugaan muncul sikit demi sedikit dan di akhir sesbuah perkahwinan selalunya dalam usia senja mahupun perkahwinan tu melebihi 10 thn,20 thn,30 thn dan keatas dugaan sentiasa berada di alam perkahwinan tersebut.Adakalnya usia perkahwinan itu sendiri masih lagi baru dan mewangi namun keretakan rumah tangga pun berlaku jua.Cabaran dan dugaan tu kenala hadapi bukan sahaja suami isteri malahan kaum keluarga terutama anak-anak dan juga orang di sekeliling pasangan itu.Dari faktor orang ketiga sehingga la pekara remeh temeh turut menyumbang kepada krisis di akhir setiap perkahwinan.ermm..menakutkan.itula agaknya antara faktor kenapa ramai yang memilih untuk membujang padahal mereka berkemampuan dari segi fizikal,mental,kerjaya dan lelain.ermm..wallahualam.


ermm..entahla sebagai insan,aku berdoa semoga jauhkan la hal remeh temeh sebegini di masa hadapan andai kata aku bertemu jodoh dengan seorang lelaki biarlah perkahwinan ini bahagia,berkekalan dan ceria sepanjang hayat kami.amin.tapi mana ada dalam sesebuah perkahwinan itu tidak di landa ombak badai?sedangkan kita pun tergigit lidah sendiri inikan lagi dalam perhubungan suami isteri.ermmm...bersabar,berbincang antara pasangan,sentiasa hormat menghormati,jujur,ikhlas ,saling percaya mempercayai dan setia merupakan kunci kepada kebahagian suami isteri.ermm....entahla aku pun tak tahu sbb belum mencapai status isteri kepada lelaki yang bergelar suami.insyallah masa hadapan bile bergelar isteri kepada suami aku ...i will know that..and you too my dear friends.

No comments: