my lovely devoly date ....

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, June 16, 2009

mutiara kata

Asalamualaikum wbt

Berdasarkan patah perkataan di atas iaitu MUTIARA KATA ..apa yang anda paham mengenainya?MUTIARA KATA...adakah anda teringat akan sebutir mutiara yang diselaputi dengan perkataan yang dicap..heheh(sampai begitu sekali yerh aku merepek?layannnn..layannn)atau anda terpikir akan cerita telenovela dari negara jiran Indonesia...ehhh..itu mutiara hati..heheheh.So berdasarkan permahaman anda apa yang terlintas di pikiran anda yerh?Mutiara kata adalah signifikasi dan klise(mak aii..ayat aku) penggunaan ayat atau perkataan yang dikutip berdasarkan kehidupan sesuatu masyarakat yang kemudiannya di sebut sebagai kata-kata Hikmah atau Mutiara Kata.Berdasarkan buku 7000 Mutiara kata dari Jeniri Amir(2007) mengatakan bahawa kata-kata hikmah adalah merupakan sebuah wacana sosial dimana wacana ini penting dalam hubungan manusia dan ekspresi individu bagi menyampaikan nilai,perasaan dan fikiran .Selain itu wacana ini pelbagai persoalan,obsesi,perjuangan dalam kehidupan dapat di sampaikan,dibentuk dan malahan dipanjangkan.Ermmm..untuk maklumat lanjut sila dapatkan buku tu k..(Alahai,maaf tiada gambar laa..sorry)So sepanjang membelek-belek,menatap,membaca,meneliti,menyemak dan memahami..aku secara jujurnya amat menyukai buku ini.Buku ini memberi impak yang positif sekali pada aku.Sekurang-kurangnya aku dapat memahami maksud yang tersurat serta tersirat dalam buku ini.Aku mengakui adakalanya tidakla terlampau memahami maksud untuk mutiara kata tersebut namun patah perkataan tersebut mengambarkan keindahan..hehehe(mak aii,since biler aku da jadi begitu..ermm....wonder)so aku nk berkongsi serba sedikit yang aku dapat pada anda...hehehe




mutiara kata 1


Agama bermula daripada kepercayaan,
sedangkan Ilmu bermula daripada tidak percaya

(Tiada Nama)

mutiara kata 2


Air mata wanita melembutkan hati lelaki
(J.Audiberti)



mutiara kata 3


Cinta adalah anggur yang dihidangkan oleh pengantin perempuan sewaktu fajar,yang menguatkan jiwa-jiwa teguh dan memungkin mereka menuruni bintang

(Khalil Gibran)

mutiara kata 4


Gantungla cita-cita mu,

setinggi bintang di langit

(Bung Karno)

1 comment:

Meto San said...

ermm...tertarik dengan mutiara kata
yang ditulis atie ni..ada yg belum pernah kita lihat lagi..hehe teruskan usaha mngumpul banyak lagi mutiara kata...