my lovely devoly date ....

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Friday, June 5, 2009

convocation@konvokesyen...

Apa yang anda terpikir apabila seseorang mengatakan tentang konvokesyen?Adakah anda terbayang waktu-waktu atau saat anda konvo semasa menerima diploma ,ijazah ,master mahupun PhD?Adakah anda masih belum lagi merasai saat konvokesyen?Maka hanya terbayang saat indah seoarang pelajar yang menhabiskan hampir lebih seluruh hidupnya(saat dia melangkah masuk ke tadika,sekolah rendah dan menegah) hanya untuk mengapai sehelai kertas yang amat tinggi nilainya yang hanya di bayar dengan kesungguhan,keikhlasan,persaingan,penat jerih hanya bergelar pelajar.Alhamdulilah..akhirnya aku jua bergelar graduan.Pernah sekali aku tersungkur dan patah semangat utk menjejak kaki ke tempat yang digelar Menara Gading@Universiti serta hanya mengimpikan memakai topi bersegi empat itu.Jauh di sudut hati aku jua ingin bergelar pelajar Universiti...tapi aku masih lagi was-was.Aku masih terniang-niang di telinga aan di mindaku ada yang mengatakan aku tidak layak menjejak kaki di situ hanya kerana aku dari"keturunan" tidak pandai?Adakah benar?Atau mereka mengatakan aku tidak mampu menyangi anak-anak mereka serta mereka itu sendiri.Pernah di waktu aku masih kanak-kanak serta berhingusan aku di ketawakan hanya kerana mereka-mereka itu memperlihatkan keperibadian yang lebih cemerlang dan berwibawa.Apakah salahku?Aku pernah rasa begitu tertekan jika peperiksaan besar sepert UPSR dan PMR.Ketika ini mereka-mereka itu akan membandingkan aku dengan mereka.Aku tidak suka akan pekara "bodoh" seperti ini.Biarkan aku.Aku tidak sanggup memandang wajah sedih dan sunggul mak ayah.Tapi aku masih tidak dapat menadingi mereka.Hinggala aku masuk ke tingkatan 5.Ayah sering menasihati aku dan aku perasan walapun dia agak "serius" dengan aku,namun dia masih lagi menasihati aku dan tidak sekali-kali memburuk-burukan mereka-mereka itu.di ajarnya aku tentang menghormati mereka-mereka.Anggaplah mereka itu satu saingan sihat dan aku mestilah tunjuk teladan yang baik serta bagus kepada adik aku.Aku berazam dan tekad aku ingin mengubah tanggapan,persepi serta kewangan keluarga.Dan alhamdulilah setelah memasuki tingkatan 6 aku berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM.Berkat sokongan mak ayah aku jua dapat menandingi mereka dan akhirnya mereka meminta maaf pada aku.What goes around it comes around...Bukan mereka tidak berjaya..tapi memerlukan sedikit masa panjamg utk samapi ke tahap tersebut.Mereka terdiam dan tidak bersuara malahan menghormati aku pabila aku mengatakan aku akan berkonvo (1/6/2009).Mereka terdiam.Inilah wajah-wajah yang mereka mengatakan tidak "sempurna" itu.Aku berjaya membawa kebanggaan kepada kedua ibubapa ku.Alhamdulilah.

1 comment:

Meto San said...

btol2...
kita pon pernah alaminya
hehehe