my lovely devoly date ....

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Wedding tickers

Friday, June 5, 2009

mimpi



Mimpi yang tidak ditafsirkan
adalah ibarat surat yang tidak dibaca
(Talmud)






"Malam tadi aku mimpi hantu...ieowwwww....amat menakutkan" Ada pula mengatakan "Malam tadi aku mimpi banjir...duit nak masuk la ni..hihihihi," berbagai-bagai mimpi yang kita alami sepanjang hidup kita ni.Ermmm,sepanjang hidup aku ni adalah mimpi bermacam-macam benda dari yang macam tak masuk dek akal sehinggala yang paling menakutkan.menyeramkan.Ermm,kenapa aku buka topic "mimpi"?Entahla aku terpanggil untuk mencoretkan kisah mimpi yang pernah terjadi pada aku,namun begitu mempercayai makna mimpi adalah sesuatu benda-benda tahyul dan kurafat..aku tidakla pandai dari segi agama...namun begitu memang purata setiap manusia..even baby pun..heheh..akan mengalami mimpi di sepanjang hidupnya. Sebenarnya da lama aku ingin mencoretkan "keindahan" maksud mimpi namun sebagai orang Islam kita tidak boleh mempercayainya..ermmm..but bnde ni gakla kita selalu "belek-belek".Apapun..aku nk cerita gak pengalaman aku bermimpi.Selain dari tu aku sebenarnya ingin mencoretkan topik ini kerana aku tidak mahu aku ter"lupa" akan cerita mimpi-mimpi yang kalu boleh aku tidak mahu lupa sehingga akhir hayat aku ini malahan pengaruh nenek ku pada petang tadi sambil mengunyah goreng pisang bersama minuman panas Teh O,My Granny bertanya mengenai mimpi ular kepada aku membuatkan aku tepanggil untuk mengabadika cerita ni didalam diaryku sayang...heheh."Adakah pernah awk bermimpi ular?Aku pelik juga dengan soalannya pada aku petang tadi.Rupa-rupanya soalan "jodoh" masih lagi di ungkit-ungkit kembali.Apalah my granny ni...mcm la aku ni da tua sangat dan tak berkahwin lagi.Rupanya ular yang di maksudkan adalah "jodoh" kita menurut cerita orang tua-tua.Aku berfikir sebentar.Sambil mengangguk..ya mmg aku banyak kali da aku bermimpi akan binatang tersebut.My granny tersengih seraya berkata"Bagus..bagus...tak lama lagi la tue?,"Aku hanya mengeleng pelahan.Apalah my granny ni..My Granny bertanya lagi "Ada tak dia patuk kat mana-mana bahagian badan...kalu kat jari kita lagi bagus..,"Aku tercengang.Alahaii...aku kena ambik masa berfikir...Ermm....seingat aku la kan sepanjang aku mimpi ular-ular ni tidak pernah sekali pun aku berjaya di patuknya.Dalam mimpi aku tu aku akan berlari-lari sehingga aku tidak berjaya di patuk.Aku begitu takutkan binatang tu sehinggakan yang mimpi pun aku anggap sebagai sesuatu yang benar.Dapat ku rasakan aku berlari dengan begitu laju dan ular-ular tadi akan mengejar orang lain yang kebetulan berada di mimpi aku.Aku berada direaliti...Adakah ini bermakan aku telah menolak tuah dengan menolak "jodoh" aku sendiri...ermm..rugila macam tu..heheheh...menyesal-menyesal...hehehe.."Tak pernahla Granny..sya lari.."bender" tu tak sempat nak kejar..sya langkah seribu..hehehe".My granny membuat muka.Alahaiiii..comelnya....heheheh..."Lain kali kalau ada ular tu dalam mimpi biarkan sahaja dia patuk jari kita ni...jodoh tu".Aku hanya mengangguk...yela mana la tau lepas ni kalau aku mimpi lagi la "ular-ular" tu aku biarkn jerla bnder tu patuk jari jemariku.Boleh tak kalau gitu? Selain itu aku teringat akan sebuah mimpi lagi yang aku ingat samapi keharini.Aku tidak tahu ingin mengklasifikasikan ini sebagai mimpi atau sebagai satu khayalan aku.Seruizz..aku sendiri tidak pasti akan hadirnya "mimpi" ini.Apakah maksud disebalik mimpi ini...namun begitu ceritanya bermula begini.............







Haritu aku ingat lagi hari sabtu.Waktu adalah lebih kurang hampir asar.Aku rasa amat letih setelah seharian membantu ibu n pembantu rumah(ketika tu) di rumah.Kerana keletihan yang teramat sangat aku mengambil keputusan merehatkan diri di dalam bilik tidurku.Aku segera menutup langsir bilik biar keadaan bilik agak sejuk dan malap,memandangkan keadaan bilik tidur aku tu agak "cerah" kerana bilik aku menghadap matahari terbenam,tak lupa juga aku menutup pintu bilik tidur.Sebaik sahaja aku membaringkan badan dan menutup mata...ya aku rasa bagaikan sesaat dua setelah aku menutup mata..aku rasakan aku berada di alam lain..tetapi aku masih nampak yang aku masih di bilik tidur aku.Dengan silau cahaya dan keadaan mataku antara sedar dan tidak aku merasakan kehadiran sesorang lelaki berada di samping aku.Betul-betul di tepi muka aku.Aku cuba membuka mata kerana terasa teperanjat kenapa ada lelaki di dalam bilik tidur aku ni, hati aku berdetik..Aik,mana datangnya lelaki ni.Aku baru nak tidur sebab letih yang teramat namun aku begitu aku masih lagi mencuba membuka mataku seluas-luasnya namun tidak nampak apa-apa selain selain senyumannya.Raut wajahnya juga tidak kelihatan.Samar-samar ibarat kabus pagi.Aku masih lagi tidak berpuas hati,aku membuka seluas-luasnya mataku,manakala kedua belah tangan ku menarik wajah lelaki misteri itu sedekat yang mungkin dengan wajahku..adalah seinci dua...still x nampak..macamla aku ni rabun kebenor.Aku rasa macam aku seorang nenek tua yang kehilangan cermin mata tebal..mataku rabun.Aku membelek-belek mukanya sambil meraba ke seluruh mukanya macam orang buta.Dia tidak marah dan hanya tersenyum sahaja.Yang aku pasti aku nampak adalah lelaki misteri tu memakai baju melayu berwarna kuning dan berkain pelekat semacam dia baru lepas selesai bersolat.Aku hanya dapat melihat dia memakai cermin mata.Namun begitu wajahnya masih samar-samar dan berkambus. Manakala kedua belah jari jemarinya mengurut dahiku.Sambil berkata padaku"Awak pening ye....saya urut...,"yang pelik bin ajaibnya aku merasakan tangannya di dahiku...mmg dia sedang mengurut dahiku dan memang sah aku dengar suara dia.Dalam merasa kelegaan di dahikuakibat diurut...aku meng"accept"kan diri yang mungkin lelaki yang berada disamping aku ni merupakan suamiku.Baru sahaja aku meyakinkan diriku dia suamiku tetiba aku tersentak.Seraya aku bangun.Berpeluh.Aku menoleh kiri dan kanan..tak de sesiapa pun dibilik tidurku.Aku keluar dan bertanya kan pada ibuku ada ke seorang lelaki dalam biliku tadi.Mak aku pandang pelik sambil mengeleng kepala.Aik,sapa pulak tadi tu?Mimpila tu kot..aku menyedapkan diri.Tapi aku rasa aku baru saja sesaat tidur da boleh bermimpi sebegitu jua.Kuasa Allah swt.But until ke saat ni aku masih tertanya-tanya siapakah lelaki yang berbaju melayu kuning berkain pelekat ,memakai cermin mata dan mengurut dahiku sambil tersenyum tu?Dia membuat-buatkan aku tertanya-tanya pada diri.....siapakah dia yang hadir seketika itu?

1 comment:

Meto San said...

...misteri...aneh dan mengasyikkan
hehehe jodoh atie tu... cam mamat mesir tu ckp, saya la tu huhuu
jgn marah.. just gurau ekekeke